1

Musabaqah Al-Quran sempena HIIS x ALC Taaruf Day 2025

Musabaqah Al-Quran sempena HIIS x ALC Taaruf Day 2025



Musabaqah Al-Quran sempena HIIS x ALC Taaruf Day 2025 menyaksikan anak-anak seawal umur 7 tahun melangkah ke pentas dengan penuh yakin, menyampaikan kalam Allah dengan penuh adab dan tartil. Tahniah kepada semua peserta yang berani mencuba, dan sekalung tahniah juga diucapkan kepada para pemenang.

Setiap usaha itu sudah satu kejayaan. Dan semoga dengan setiap huruf yang dilafazkan, mudah-mudahan menjadi bekal pahala dan kekuatan iman. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian, menyokong, dan yang turut hadir memeriahkan suasana.